Rabu, 08 Februari 2012

Dialog Iblis dengan Allah Swt


Disebutkan dalam kitab kanzul ‘Umal juz 16 hal. 98
Sebuah hadits yang bersumber riwayat Ibnu Abi Dunya dalam tipudaya -tipudaya syaitan, Ibnu Jarir, ibnu Murdawaih dari Abu Umamah:
إن أبليس لما أنزل إلى الأرض قال: يا رب! أنزلني إلى الأرض وجعلتني رجيما فاجعل لي بيتا، قال: الحمام، قال: فاجعل لي مجلسا، قال: الأسواق ومجامع الطرق، قال: فاجعل لي طعاما، قال، ما لا يذكر اسم الله عليه، قال: اجعل لي شرابا، قال: كل مسكر، قال: اجعل لي مؤذنا، قال: المزامير، قال: اجعل لي قرآنا: قال الشعر قال: اجعل لي كتابا، قال: الوشم، قال: اجعل لي حديثا، قال: الكذب، قال: اجعل لي رسولا، قال: الكهانة، قال: اجعل لي مصايد، قال: النساء. "ابن أبي الدنيا في مكايد الشيطان، وابن جرير، طب، وابن مردويه - عن أبي أمامة".
Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, dia bertanya kepada Allah sebagai berikut :
1. Iblis bertanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Ya Tuhanku! Engkau telah menurunkanku ke dunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku." Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membelanjaan atau Mall, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Kata iblis:"Wahai Tuhanku!, apakah makanan untukku?. "Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."
4. Kata iblis: "Wahai Tuhanku!, apakah minuman untukku? "Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulai dengan nama Allah."
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan).
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tato, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).
8. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)".
9. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
10. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?." Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
Dialog ini dikuatkan Dalam riwayat lain yang bersumber dari Ibnu Abbas;
قال إبليس لربه: يا رب! أهبط آدم وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل، فما كتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة والنبيون معهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان؛ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهانة، وطعامك ما لم يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل مسكر، وصدقك الكذب وبيتك الحمام ومصايدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق .
Telah bertanya Iblis Kepada Tuhannya : Ya Tuhanku ! ;" Engkau telah menempatkan Adam, dan aku tahu dia memiliki kitab dan utusan, Ya Allah Apakah kitab mereka dan utusan mereka ? Allah menjawab :" Rasul-rasul mereka adalah malaikat dan mereka bersama para nabi, kitab mereka Taurat, injil, Zabur dan Al-Qur'an, Sedangkan kitab kamu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan (tato) bacaanmu syair, utusanmu dukun, makananmu apa-apa yang tidak disebut nama Allah, minumanmu setiap yang memabukan, teman karibmu para pembohong, rumahmu setiap tempat yang kotor dan bau , umpanmu wanita binal, penyerumu alat-alat music, dan masjidmu adalah pasar" (H.R Thabrani)
Dari hadits diatas, maka ada 10 perangkap Iblis (talbis) yang disiapkan untuk senantiasa menyeret manusia sesat dan melakukan kemaksiatan yaitu;
1. Tempat-tempat kotor
2. Pasar-pasar atau pusat perbelanjaan, Mall
3. Makanan yang tidak membaca Basmalah pada waktu memakannya apalagi makanan-makanan yang haram
4. Minuman yang memabukan
5. Memainkan alat-alat musik
6. Mendengarkan syair, atau sejenisnya
7. Tato
8. Perkataan dusta/bohong
9. Dukun, mentalis, peramal dll.
10. Wanita binal/seksi
Inilah yang kita saksikan sekarang, bagaimana iblis telah berhasil menyeret kebanyakan manusia supaya menjadi sesat dan menjadi penghuni neraka sa'ir sebagai mana sesumbar Iblis dihadapan Tuhannya ( Allah)
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, (Al-‘Araf :16)
ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al-‘Araf :17)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (al-Hijr:39)
إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". (al-Hijr :40)
Mudah-mudahan jadi renungan !

Oleh : Agus Junaedi, M.Ag

Share this :

0 komentar: